Showing posts with label MyHomeschool. Show all posts
Showing posts with label MyHomeschool. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

Info : Planning & Teaching Tool for next week

Lama betul mama dh bercuti..mmg xsempat nk cari apa2 bhn utk MyAdam HS..so arini internet ok sikit..jd mama dgn cargas mencari dan mencari bhn2 yg blh mama guna utk MyAdam mggu dpn..insyaallah mggu dpn kelas MyAdam akn berjalan seperti biasa semula...

Utk mggu dpn mama target mengajar MyAdam tentang "Shape" & "Tracing Lines"...selain itu mama dh download teaching tool utk "Colours" sekali..semua info tu mama dpt dr website ini dan ini ...

Shape worksheet
Tracing Lines Worksheet

Sunday, May 16, 2010

HS : Aktiviti MyAdam 10-14 Mei 2010

Alhamdulillah pejam celik dh msk mggu k'3 sjk mama mulak' HS..cptnya masa berlalu..mggu ni jadual HS dh semakin teratur...walaupun mama masih tdk menetapk' subjek khusus utk MyAdam..mama akn beri apa saja yg MyAdam ingin pelajari...skrg ni MyAdam dh mula pndi minta pd mama..bgn je pg MyAdam akn minta nk tulis,nk kaler..mama akn ikut je k'inginan MyAdam..jnji HS tetap dpt dijalankan...utk aktiviti mggu ni adlh seperti berikut :

Berlatih menulis & melukis


Mama gunak' "smart board" ni sbg alat bantuan mengajar...kdg2 mama akn beri maker pen n white board tp disebabk' tkt hasil seni MyAdam akn kekal kat dinding lbh baik mama gunak' "smart board" dl..hehehe..skrg MyAdam sgt suka melukis bulatan smpik' mama ajar MyAdam tulis huruf 'C' pn MyAdam akn smbg smpi jd huruf 'O'..hehehe..dan skrg MyAdam dh blh membezak' antara melukis n mewarna...mula2 mama beri buku mewarna MyAdam bkn mewarna tp melukis ats lukisan tu...alamak mama lupe plak nk snap hasil seni MyAdam..en3 akn dtg mama upload ye..

Berlatih membaca & mendengar


bahan bacaan mggu ini adalah "giant story book" 'pinocchio'...mmg menarik sgt dgn gmbr yg terang n huruf yg bsr..mmg blh menarik minat MyAdam..walaupun MyAdam masih belum blh membaca tp MyAdam dh dpt mengenali karektor2 dlm cerita tersebut..dh pndi membezakan antar org baik n org jht..menangis,ketawa dll..yg mama suka sgt bila MyAdam baca buku ni MyAdam pn blh hilang sbb buku lbh bsr dr org...hehehe

Mengenal huruf & nombor




sebelum ni mama hanya ajar MyAdam mengira 1-10 n menyanyi lagu ABC sahaja..alhamdulillah dh mula blh mengira..tp mama pelik selau lupa nombor 7..kdg tgh pnjt pgr pn kira 1,2,3...tp utk mggu ni mama akn mula kenalk' rupa n bentuk huruf n nombor...mama gunak' buku2 tersebut sgb alat bantuan mengajar..buku yg sgt simple tp menarik..MyAdam masih dlm proses mengenal huruf n nombor..masih terlalu awal utk mama ltkk' hrpn yg tggi..mama perlu lbh bekerja keras utk ini...selain itu mama juga mengajar MyAdam menggunak' 'flash card' yg mama dh tebuk n ltkk' ring...

Outdoor Activity

seperti biasa tiap ptg MyAdam akn main kat laman dgn MyAqil..mcm2 akn dikaji selidik oleh 2org saintis kecil ni tau..korek sana..korek sini...kdg2 tgk kelakar je..MyAdam sgt rajin siram rumput..mama selalu ckp pd MyAdam yg rumput pn haus kena mnm air...kan setiap bende hidup perluk' air...progress terbaru MyAdam ialah dh pndi mengayuh basikal..mggu ni MyAdam ada 'swimming lesson'..saja je mama bg MyAdam main air...mggu ni mama telebih rajin pamk' kolam plastik MyAdam...MyAqil join MyAdam mandi kolam asyik la telan air..huhuhu

Monday, May 10, 2010

HS : Aktiviti MyAdam 03-07 Mei 2010

Minggu yg sgt mencabar kesabaran mama..sgt pnt ngn ank2,umah n yg paling mama tension internet tgh problem...minggu ni mama xdpt prepare ape2 utk MyAdam..kesian sgt2 pd MyAdam..kalo ikut mcm2 mama nk buat aktiviti utk MyAdam..tp keadaan xmengizinkan...MyAqil pn sgt2 menuntut perhatian mama..mama harap sgt utk minggu dpn keadaan akn bertambah ok..jd ini saje aktiviti yg mama lakukan bersama MyAdam speanjang mggu..byk bermain di luar dan yg terbaru MyAdam tlg mama buat biskut coklat chip..

khusyuk ank murid mama kan...

MyAdam tlg mama buat cookies

taraaaaa!!! inilah hasilnye...



Sunday, May 2, 2010

HS : Aktiviti MyAdam 26-30 April 2010

Untuk minggu ini jadual MyAdam agak padat juga...tapi mama masih memberi kebebasan utk MyAdam pilih apa yg ingin dia pelajari atau apa aktiviti yg dia nak lakukan..ini kerana MyAdam masih terlalu kecil utk mama atur jadual belajar mengikut subjek...aktiviti MyAdam minggu ini :

Berlatih Menulis & Melukis



mama hanya beri kertas dan crayon utk MyAdam...ini adalah utk memahirkan motor skill MyAdam menulis & melukis serta memegang crayon dgn betul..

Motor Skill


Menyusun buah2 dadu..sama adam memanjang atau menegak sambil mengira 1,2,3..masih ada nombor yg tertinggal dan mama akan sentiasa ingatk' MyAdam...

Art&Craft



mama buatkan MyAdam "Roda Warna"..MyAdam hanya tolong warna sahaja..bab gunting2 mama yg kena urus..MyAdam masih belum mampu kendalikan sendiri..MyAdam masih lemah utk mensuaipadankan warna..mama perlu cari alternatif lain utk memahirkan MyAdam..kena berusaha dgn lebih gigih...dan utk pertama kalinya mama buatkan MyAdam "lapbook" bertemakan kartun "WordWorld" yg mama print di sini.

Pendidikan Islam


mama baru sahaja beli set Iqra'..insyaallah minggu dpn mama akn mula mengajar MyAdam Iqra'..selain itu MyAdam sgt rajin ikut ayah solat..walaupun masih belum tahu rukun2 sembahyang dan bacaan2nya..selain doa makan MyAdam sudah mula mengingati doa selepas makan dan doa tidur..mama doak' MyAdam terang hati dlm menerima segala ilmu dunia mahupun akhirat..amin

Outdoor activity : Gardening








Tuesday, April 27, 2010

HS : MyAdam Homeschool Room

Salam semua..seperti yg telah mama janji sejak blog ini wujud ialah utk uplaod gambar bilik yg mama jadikan homeschool room utk MyAdam...sekarang mama akn tunaikan janji...baru ade kesempatan nk ambil gambar..masih byk kekurangan lg..buletin board dah pn mama buat tp masih kosong..mama masih menyesuaikan diri dgn jadual baru ni...masih kelam kabut lg..insyaallah mama akn tambah dan perbaiki dari masa ke semasa...

ciri-ciri "Homeschool Room" MyAdam :

Pandangan dari sisi kanan.

"close-up".

Meja&stool yg comel utk MyAdam
Rak buku.



carta2 yg mama guna sebagai alat bantuan mengajar


"workbanch" MyAdam.

bakul turtle utk simpan mainan.

"whiteboard" utk melatih MyAdam menulis&melukis

Jadi macam mana kawan2? ok ke tak "homeschool room" MyAdam...mesti ada yg tertanya2 kenapa la mama ni beria-ia sgt "set-up" bilik ni..bg mama semua ini adalah utk menarik minat MyAdam utk belajar..dan mendedahkan dia dgn persekitaran seakan2 di sekolah...bak kata org tua2 melentur buluh biar la dari rebungnya...

Saturday, April 17, 2010

HS : Aktiviti MyAdam 12-16 April 2010

Untuk minggu ini mama hanya memperkenalkan MyAdam ngn dunia "Homeschooling"...jadual mmg mama xtetapk' lg..hanya nk lihat penerimaan MyAdam..memberi pendedahan dgn huruf,nombor,warna dan bentuk...

. : Menulis & Melukis : .

Setiap pagi setelah selesai bersarapan mama akn beri MyAdam "whiteboard" n makerpen..supaya MyAdam boleh berlatih dan membiasak' diri menulis dan melukis...utk hari yg pertama MyAdam hanya menconteng mengikut citarasanya tp lama-kelamaan dia dh blh melukis bentuk dan memegang pen dgn betul..selain itu mama juga memberi MyAdam learning magnetboard..board ini mempunyai banyak fungsi iaitu :- blh menulis & melukis dgnnya, mengenal huruf A-Z dgn menekan punat huruf dan belajar mengeja dgnnya..

. : Mengenal Nombor : .

Setiap hari mama akn meluangkan masa dgn MyAdam mengajarnya mengira dgn 10 jari...selain itu mama juga memperkenalkan nombor pd MyAdam...buat masa sekarang MyAdam sudah blh mengira 1-10..walaupun kadang ada yg tertinggal...harap utk masa akn dtg MyAdam akn lebih mengenal nombor..

. : Mengenal Bentuk & Warna : .

Bagi memperkenalkan bentuk pada MyAdam..mama menggunakan alat mainan suai padan bongkah sebagai alat bantuan..kerana ia lebih menarik dan meransang minda..MyAdam sudah mula mengenali bentuk empat segi sama,empat segi tepat,bulat,bujur,tiga segi,bulan dan bintang...selain itu mama juga boleh memperkenalk' warna kepada MyAdam..ini kerana bongkah2 tersebut dtg dgn pelbagai warna..alat mainan ini mmg sgt membantu kerana selain menarik ia juga mengelakk' dari kanak2 berasa cpt bosan...

. : Pendidikan Islam : .

MyAdam telah dpt menghafal doa makan dgn lancar..buat masa sekarang MyAdam dlm proses menghafal doa selepas makan dan doa tidur..selain itu mama telah pn membeli carta Huruf2 Jawi dan Cara2 Solat Lelaki..mungkin terlalu awal utk MyAdam cuma mama hendak memberi pendedahan awl utknya...utk menambahk' semangatnya..ayah telah pn membeli MyAdam "kopiah" utk bersolat..

Selesai sudah aktiviti MyAdam utk mggu ini...satu pengalaman baru utk mama n MyAdam...harap di masa akan dtg mama dpt menyediakan sistem pembelajaran yg lebih teratur utk MyAdam...maaf sgt2 sebab xdpt update dgn gambar kerana "memory card" tggl d'rumah..

Sunday, April 11, 2010

MyInfo : Bahan bantuan mengajar

Tergendale sekejap rancangan mama gara2 modem yg dh dirosakk' oleh MyAdam...bkn kali pertama tp yg kedua...huhuhu...

Mama masih dlm proses mengumpul bahan2 utk memulak' pembelajaran MyAdam...buat masa skrg ini mama bnyk merujuk satu blogger yg mengamalk' "Homeschooling" iaitu Mama Home School ...byk sgt info tentang "homeschool" yg mama dpt dari sini..tentang cara mengajar mengikut umur, website2 yg boleh dijadikan rujukan, n website2 yg menyedia "worksheet" yg blh dicetak secara percuma...

Utk permulaan mama dh pun memuat turun fail utk membuat "Lapbook"..insyaallah akn mama update tentang itu dlm next en3...selain itu mama dh pn membuat "worksheet" utk MyAdam..tentang mengenal bentuk dan nombor...

Insyaallah utk next en3 mama akn update dgn gambar sekali...utk memperkenalk' si kecil cilik mama iaitu MyAdam dan MyAqil...bilik belajar dan main, serta bahan2 mengajar utk kte kongsi bersama...

Tuesday, April 6, 2010

. : MyAdam Homeschool : .

Assalammualaikum...

Pertama sekali mama nak ucap syukur kepada Allah swt yang telah mempermudahkan segala urusan mama..masih banyak lagi perancangan yang perlu mama buat in details..hopefully semua dapat dilaksanakan...

Yang ke dua mama nak berterima kasih sgt pd Ila a.k.a Mykhalish yg telah membuka minda dan memberi kesedaran pd mama tentang "Homeschooling" yg selama ini mama buta...hope satu hari nnt impian Ila juga akan tercapai...mama mmg tertarik sgt bila terbaca info tentang "homeschooling" di blog Ila..kenapa dr dulu mama xpernah terfikir sedangk' mama mmg sepenuh masa dirumah bersama anak2..sedangk' org lain yg msh bekerja dh pn menanam impian tersebut..jadi mama membuat keputusan utk mencuba dan memberi yg terbaik utk anak2 mama..

Persediaan mama dalam merancang "Homeschooling" :-

  • mencari sebanyak info yg ada menggunak' internet..blog2 yg dh pn berpengalaman dlm bidang ini...xkira di Malaysia atau luar negara...mencari website2 yg menyediak' sistem pembelajaran secara on9 dlm subjek math, sains, art&craft, Agama dan membaca..cuba mencari tenik2 mengajar yg sesuai mengikut umur anak2 mama serta memcari alat2 bantuan mengajar yg mama sendiri boleh sediak'...
  • merangka satu ruang belajar yg menarik n selesa utk anak2 mama..dari segi perabot, bahan bacaan,permainan dll..
  • masih cuba utk mengaturk' jadual yg sesuai utk mama dan anak2..ini penting kerana mama perlu pandai membahagi masa supaya tidak ada pekerjaan mama yg lain terabai..perlu sesuai dgn masa anak2..iaitu masa belajar,tidur,makan dan bermain..
Semuanya masih dlm perancangan...masih telalu awl sebenarnya utk mama blogk'..tp bagi memastik' ia berjalan dgn teratur mama rasa x slh andai mama wujudk' blog ini...supaya mama boleh tahu dan sentiasa ingat matlamat yg perlu mama capai...