Saturday, April 17, 2010

HS : Aktiviti MyAdam 12-16 April 2010

Untuk minggu ini mama hanya memperkenalkan MyAdam ngn dunia "Homeschooling"...jadual mmg mama xtetapk' lg..hanya nk lihat penerimaan MyAdam..memberi pendedahan dgn huruf,nombor,warna dan bentuk...

. : Menulis & Melukis : .

Setiap pagi setelah selesai bersarapan mama akn beri MyAdam "whiteboard" n makerpen..supaya MyAdam boleh berlatih dan membiasak' diri menulis dan melukis...utk hari yg pertama MyAdam hanya menconteng mengikut citarasanya tp lama-kelamaan dia dh blh melukis bentuk dan memegang pen dgn betul..selain itu mama juga memberi MyAdam learning magnetboard..board ini mempunyai banyak fungsi iaitu :- blh menulis & melukis dgnnya, mengenal huruf A-Z dgn menekan punat huruf dan belajar mengeja dgnnya..

. : Mengenal Nombor : .

Setiap hari mama akn meluangkan masa dgn MyAdam mengajarnya mengira dgn 10 jari...selain itu mama juga memperkenalkan nombor pd MyAdam...buat masa sekarang MyAdam sudah blh mengira 1-10..walaupun kadang ada yg tertinggal...harap utk masa akn dtg MyAdam akn lebih mengenal nombor..

. : Mengenal Bentuk & Warna : .

Bagi memperkenalkan bentuk pada MyAdam..mama menggunakan alat mainan suai padan bongkah sebagai alat bantuan..kerana ia lebih menarik dan meransang minda..MyAdam sudah mula mengenali bentuk empat segi sama,empat segi tepat,bulat,bujur,tiga segi,bulan dan bintang...selain itu mama juga boleh memperkenalk' warna kepada MyAdam..ini kerana bongkah2 tersebut dtg dgn pelbagai warna..alat mainan ini mmg sgt membantu kerana selain menarik ia juga mengelakk' dari kanak2 berasa cpt bosan...

. : Pendidikan Islam : .

MyAdam telah dpt menghafal doa makan dgn lancar..buat masa sekarang MyAdam dlm proses menghafal doa selepas makan dan doa tidur..selain itu mama telah pn membeli carta Huruf2 Jawi dan Cara2 Solat Lelaki..mungkin terlalu awal utk MyAdam cuma mama hendak memberi pendedahan awl utknya...utk menambahk' semangatnya..ayah telah pn membeli MyAdam "kopiah" utk bersolat..

Selesai sudah aktiviti MyAdam utk mggu ini...satu pengalaman baru utk mama n MyAdam...harap di masa akan dtg mama dpt menyediakan sistem pembelajaran yg lebih teratur utk MyAdam...maaf sgt2 sebab xdpt update dgn gambar kerana "memory card" tggl d'rumah..

No comments:

Post a Comment